Wednesday, February 16, 2011

Rihanna kena saman

JURUKAMERA ternama dalam dunia fesyen dan hiburan Hollywood, David LaChapelle dikatakan telah menyaman penyanyi terkenal Rihanna.
Menurut laporan disiarkan Reuters, LaChapelle mendakwa bintang yang kini sedang hangat dengan lagu duetnya bersama penyanyi rap Eminem, I Love The Way U Lie, menciplak konsep klip videonya yang penuh kontroversi “S&M” berdasarkan konsep lapan keping gambar pernah diambil.

Saman itu sudah pun difail�kan Isnin lalu dan dalam ke�nyataannya LaChapelle berkata bahawa konsep dan beberapa babak ditampilkan dalam klip video dihasilkan itu sama dengan gambar diambilnya.

Sehari selepas video itu disiarkan, LaChapelle menuduh Rihanna menerusi laman sosial Twitter dengan mendakwa penyanyi itu menggunakan ideanya tanpa kebenaran.


“Lain kali kalau mahu menghasilkan klip video David LaChapelle, anda sepatutnya mengambil David LaChapelle sebagai pengarah,” katanya dalam laman sosialnya.

Penulis gosip blog terkenal Hollywood, Perez Hilton yang turut muncul dalam video itu turut mengutuk media yang memberikan previu buruk untuk album terbarunya Only Girl (In The World). Penyanyi itu turut menyiarkan beberapa
salinan laman sosial Twitter yang sebelum itu dipadam daripada halaman Twitter LaChapelle.

LaChapelle mengarahkan berpuluh muzik video termasuk lagu popular Britney Spears (Everytime), Christina Aguilera (Dirrty) dan Gwen Stefani (Rich Girl).

Dalam gambar yang diambil LaChapelle, seorang wanita baring di tepi jalan dan didekati sekumpulan badut. Sebagai perbandingan dalam video yang diarahkan Melina Matsoukas memaparkan Rihanna sedang membaringkan diri di atas meja dan dikelilingi sekumpulan wartawan yang digambarkan sebagai badut.

Satu lagi gambar milik LaChapelle menunjukkan sekumpulan wanita berambut merah memenuhi ruang bilik yang dindingnya berhias warna merah jambu terang berjalur dengan perabot konsep sama.

Bagaimanapun, dalam klip video Rihanna itu, dia turut memakai rambut palsu berwarna merah sedang bersuka ria bersama rakan perempuannya dalam bilik yang menampilkan latar sama seperti gambar dimiliki LaChapelle.

Setiap imej ditampilkan dalam klip video itu juga dakwa LaChapelle adalah sama dengan gambar dimiliki termasuklah kedudukan, konsep, tema, latar hiasan, warna sehinggalah kedudukan lampu. Bagaimanapun apabila ditanya lanjut mengenai jumlah saman yang dituntut, jurukamera terkenal itu enggan mendedahkannya.

Sebelum mengambil tindakan untuk menyaman Rihanna, LaChapelle juga pernah meluahkan rasa kecewa�nya dengan rakaman S&M yang sebelum ini memang sudah timbul isu mengenainya, terutama membabitkan pe�ngisiannya yang penuh dengan aksi ghairah dan berbau seks.

Matsoukas pula memberikan komen mengenai kritik diberikan kerana ramai berasa kurang senang dengan karya dihasilkan untuk klip video terbaru Rihanna itu dia dengan mudah berkata tidak menghiraukan segala kritikan diberikan.

“Tajuk lagu itu sendiri sendiri S&M, saya hanya memaparkannya secara visual,” katanya sewaktu ditemubual MTV. Tambah Matsoukas lagi dia tidak boleh menghasilkan karya yang berada di bawah maksud lagu terbabit kerana bimbang ia lari daripada maksud atau bait lagu yang diterjemahkan Rihanna dalam nyanyian.

Proses menyolek lima jam - Priyanka Chopra, 28

PRIYANKA...kerja 20 jam sehari.
PRIYANKA...kerja 20 jam sehari.
MASA 24 jam bagaikan terlalu suntuk buat jelitawan, Priyanka Chopra, 28, kerana ada kalanya dia terpaksa bekerja 20 jam sehari tanpa henti. Namun pengorbanannya sangat berbaloi kerana dia kini antara heroin nombor satu dan sangat berjaya di Bollywood.
Segala projek besar berada dalam genggamannya dan kebanyakan filemnya mendapat kutipan pecah panggung. Maka tidak hairanlah kenapa dia berasakan yang sehari semalam tidak cukup baginya untuk menyelesaikan segala kerja dan pelbagai bentuk promosi yang perlu dihadirinya.
   
  • Foto CEMAS...salah satu adegan SKM.
  • Foto BERKESAN...Priyanka berjaya bawak watak Susanna.
  • Foto MENARIK...poster Saat Khoon Maaf.
  • Foto SERIUS...Priyanka di set penggambaran SKM.
  • Foto ADI PUTRA...turut berlakon Don 2.
Filem terbarunya Saat Khoon Maaf (SKM) akan berada di pawagam Jumaat ini. SKM adalah bergenre ‘thriller’ komedi yang turut diterajui tujuh pelakon lelaki, Naseeruddin Shah (suami paling tua), Neil Nitin Mukesh (suami muda), John Abraham, Irrfan Khan, Annu Kapoor, Vivaan Shah dan pelakon Russia, Aleksandr Dyachenko.

Vishal Bhardwaj adalah pengarah filem itu. Asal filem itu diambil dari cerita pendek karya Ruskin Bong berjudul, Susanna’s Seven Husbands.


Tarikan utama SKM apabila Ratu Cantik Dunia (2000) itu diberikan watak hitam yang membunuh suaminya sendiri. Agak jarang berlaku juga dalam mana-mana filem Bollywood, menampilkan tujuh hero sekali gus dengan seorang heroin. Situasi itu memberi kelebihan kepada Priyanka yang mendapat perhatian melimpah ruah dan nama watak Priyanka dalam filem itu Susanna Anna-Marie Johannes.

Menurut Priyanka, wataknya dan tujuh lagi watak pelakon lelaki itu sama pentingnya untuk menghidupkan jalan cerita.

“Tanpa salah seorang daripada hero itu, SKM tidak akan sempurna. Saya amat gembira dapat berlakon dalam filem ini terutama watak yang saya bawakan. Meskipun tumpuan cerita lebih kepada watak Susanna tetapi tujuh hero itu amat menyokong perjalanan cerita SKM.

“Karakter saya sebagai Susanna bermula dari usia 25 hingga 65 tahun. Sepanjang pertambahan usia saya itu, jurusolek terpaksa mengubah solekan saya banyak kali untuk bersesuaian dengan setiap usia. Watak Susanna sangat berat.

“Untuk menampilkan tujuh wajah saya yang berbeza, Vishal mengupah jurusolek kesan khas dari Hollywood yang menang Anugerah Academy iaitu Greg Cannon. Dia adalah jurusolek untuk filem The Curious Case of Benjamin Button.

“Bahagian yang paling mencabar untuk menyolek wajah saya ketika berusia 65 tahun. Bagi mendapat gambaran yang agak hampir menjelang usia tua saya yang sebenar, Cannon menggunakan gambar nenek saya sebagai rujukan.

“Sepanjang proses itu saya tidak makan dan minum berjam-jam. Proses menyolek saja mengambil masa lima jam. Sebelum hendak disolek saya ke tandas dulu dan saya tidak dibenarkan makan kerana bimbang solekan itu akan rosak. Saya sanggup melalui segala kesukaran itu kerana sangat yakin dengan Vishal.

“Jangkaan saya benar kerana hasilnya sangat memuaskan sehingga ayah saya sendiri tidak perasan wajah saya. Untuk memberi impak yang lebih besar kepada watak Susanna, Vishal juga mahu saya menambahkan berat badan,” katanya.

Tambah Priyanka, Susanna adalah wanita yang baik dan dia membunuh suaminya kerana terpaksa. Jelasnya lagi, penonton akan berasa kasihan dengan watak itu tetapi pada masa sama mereka suka melihatnya menerima balasan. Priyanka tidak dapat bayangkan jika watak itu diberikan kepada aktres lain.

Dalam perkembangan lain, Priyanka berada di negara ini untuk penggambaran filem sekuel, Don 2. Datuk Shah Rukh yang kekal pegang teraju utama filem itu hadir sama bagi menjalani penggambaran filem itu di Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi minggu ini.

Don pertama yang diterbitkan pada 2006, turut dirakamkan di negara ini. Bagaimanapun berikutan kejayaan filem pertama itu, Don 2 dibuat dalam skala yang lebih besar di mana turut mengetengahkan aktor Malaysia, Adi Putra.

Rombongan penggambaran itu seramai 60 orang dan mereka berkampung di Melaka sebelum bergerak ke Kuala Lumpur dan Lang�kawi. SRK yang menerima gelaran Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka nyata mengotakan janjinya untuk membuat penggambaran filem di Bandar Bersejarah itu. Mereka akan berada di sini selama sebulan.

“Saya masih kekal pegang watak sebagai Roma dan tidak sabar untuk berlakon dalam Don 2. Saya seronok dapat menjadi keluarga produksi Don 2 kerana saya menyukai filem aksi,” katanya.



PROFIL

NAMA: Priyanka Chopra
TARIKH LAHIR: 18 Julai 1982
TEMPAT DILAHIRKAN: Jamshedpur, Bihar, India
NAMA PANGGILAN: Sunshine , Mimi , Yanka, Priyucka Cobra, The Queen Of Bollywood, Priya
TINGGI: 1.73 meter
BAPA: Kapten Dr Ashok Chopra
IBU: Dr Madhu Chopra
PENDIDIKAN: La Martini�re Girls College, Lucknow, Maria Goretti College, Bareilly dan menyambung pengajian di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat.
CITA-CITA: Ingin menjadi Jurutera Software atau pun Psikologi Jenayah.
HOBI: Mendengar muzik, membaca puisi, novel dan aktif dalam kerja kebajikan.
ANUGERAH: Miss India dan Miss World (2000).
bFILEM PERTAMANYA: Filem India berjudul Thamizhan. Filem seterusnya seperti The Hero, Andaaz, Aitraaz, The Hero, Mujhse Shaadi Karogi, Krrish, Sahib Biwi Aur Ghulam, Kajri, Drona, London Dreams, Qurbani, Chamki Chameli, Love Story 2050, Don, Saat Khoon Maaf, Don 2

Wednesday, December 22, 2010

Gosip Artis Malaysia-Luar-Negara: (GAMBAR)Anzalna, Dewi Remaja 2010 Dengan Bekas Kek...

Gosip Artis Malaysia-Luar-Negara: (GAMBAR)Anzalna, Dewi Remaja 2010 Dengan Bekas Kek...: "Jelesnya melihat gadis Melayu menjadi awek kepada Mat Salleh. Tapi tak adalah sejeles melihat gadis Melayu menjadi kekasih kepada orang pu..."

Gosip Artis Malaysia-Luar-Negara: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Mesej Terakhir Shahi...

Gosip Artis Malaysia-Luar-Negara: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Mesej Terakhir Shahi...: "Apabila ditanya ke mana kau menghilang oleh seorang wartawan melalui mesej di telefon, Shahir hanya menjawap:- KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN....."

Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Mesej Terakhir Shahir Kepada Seorang Wartawan

Apabila ditanya ke mana kau menghilang oleh seorang wartawan melalui mesej di telefon, Shahir hanya menjawap:- KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN...
Melihat mesej tersebut semalam, terus berjuta-juta prasangka menerjah otak kami. Apa maksud mesej Shahir ini? Adakah Shahir putus cinta sehingga kecewa begini? Atau Shahir ingin bahagia dengan berpisah dari dunia hiburan? Firasat kami kuat menyatakan yang Shahir berkemungkinan besar putus cinta dan tak mampu menahan tekanan jiwa sehingga melarikan diri.
Dengan khabarnya, pihak Astro juga telah mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki Shahir. Sehingga kini, segala sms, telefon dan apa-apa jua jenis perhubungan gagal dilakukan direct kepada Shahir. Malah ada suara yang menyatakan yang Shahir bakal berhenti terus daripada dunia seni. Nampak sangat ada sesuatu yang besar berlaku di dalam hidup Shahir.
Kepada Shahir, janganlah bersikap sebegini. Kami tahu anda kemungkinan besar kepenatan dengan show yang bersepah-sepah di sana sini sekarang. Tapi fikirkanlah masa depan. Langit tak selalunya cerah. Sepatutnya peluang untuk membuat show diambil sekarang masa anda tengah popular. Kumpul duit banyak-banyak time nie. Nanti dah tak popular tak ada orang pun nakkan kita.
Harapan kami ialah Shahir kembali semula dan menerangkan apa yang terjadi kepada semua orang. Kalau taknak terangkan kepada media pun tak apa. Peminat layak tahu apa yang terjadi kepada Shahir. Tanpa peminat, siapalah Shahir. All the best kepada Shahir.

Tuesday, December 21, 2010

(GAMBAR)Anzalna, Dewi Remaja 2010 Dengan Bekas Kekasih Mat Salleh

Jelesnya melihat gadis Melayu menjadi awek kepada Mat Salleh. Tapi tak adalah sejeles melihat gadis Melayu menjadi kekasih kepada orang putih berkulit hitam. Itu seriously sangat-sangat jeles dan stress. Dan kami tambah jeles melihat gambar Anzalna dengan bekas kekasihnya yang merupakan mat salleh. Bukan apa, jeles melihat cinta gadis Melayu secantik Anzalna menjadi milik orang luar.
Dari gambar nampak macam Anzalna ambil gambar ini di luar negara. Mungkin ikut bekas kekasihnya bercuti kot. Kemungkinan besar berjumpa dengan ibu dan ayah si lelaki. Mungkin mengambil restu untuk meneruskan percintaan mereka. Siapa tahu kan? Harap-harap kekasih baru Anzalna adalah rakyat Malaysia.
Lagi gambar Anzalna, peserta Dewi Remaja 2010 dengan bekas kekasihnya yang berkulit putih dengan membaca entri ini sepenuhnya. Oh ye, kami ada beberapa keping gambar Anzalna untuk tatapan anda itupun jika anda berminat untuk melihat. Nyatakan kemahuan anda di ruangan komen.